sambungan..
8hb - Eksplorasi Gunung Berembun
Kali ni lebih awal. Rasanya dalam pukul 9 pagi semua pendaki dah sampai di MARDI. Eh lupa. Pagi tu breakfast makan koeyteow goreng yang digoreng oleh host2 trip ni. Kami ni manusia biasa, walaupun suka hiking..makan tetap tak lupa. Credit and thanks pada host sebab goreng koeytoew goreng tuh. Lazat! Siyes! Rasa macam nak tapau balik, tapi apa kan daya. Malu! hehe
Ok la. gedebuk gedebak.. sampai kat MARDI.. trus bergerak ikut jungle trek no 7.
Puncak Gunung Berembun. Masa sampai di sini terserempak dengan rombongan sekolah rendah. Ramai.. dalam 90 orang kot termasuk cikgu. Sesak jugak la atas tuh.. Nak bergambar pon kena minta izin.. tompang lalu.. bersopan bagai. huh! Tapi takper la sokong jugak ada aktiviti sekolah macam ni. Budak2 ada aktiviti sihat.
Overall trekking masa I lebih kurang 3@4 hours or more.. stended la tu untuk org tak pro macam I.
Tak banyak pic yang I boleh letak as masa ni camera I low bat. so pau gambar org lain je la sikit. Maasih along!
Suppose untuk trip petang.. ada lagi aktiviti panjat2 ni. Explore Jasah-Ruil. But I skip that, as sudah cedera. Sakit lutut-peha. Then aktiviti bertukar kepada aktiviti suka hati.
Mula-mula sekali ke ladang strawberry
Semua menu banyak berasaskan strawberry.. Nasi lemak je tak kot. I think. Apa rasa nasi lemak dengan strawberry eh, by the way?
We had strawberry milk shake, strawberry wit chocolate dip and strawberry ice cream. One of my friend beli jeli strawberry.. yang ni je yang I tak rasa. Baget sedap lah kot.Tapi yang lain semua sedap..everything! exclude cawan, straw, pinggan polistrin and sudu. Kot lapar nk lapah pon boleh! Sedap la kot gamaknya.. hehe
Next stop.. Ladang teh di sungai palas. Masa pergi, ladang dah tutup. Katanya tutup pukul 4.30ptg. So terpaksa bergambar dari jalan ajer. Takpe la. Ok gak tu.
Last stop.. pasar basah Cameron Highland. Stop sini untuk beli bunga. Itu lah tujuan asalnya. I tak ada apa tujuan pon.. last2 bawak balik jagung. Magik kan? I beli jagung mutiara. Menurut kata one of my friend jagung mutiara ni lepas da masak trus da boleh makan and sangat sedap. I ni sebenarnya takder perasaan pada jagung. Betoi! Tapi sebab things from cameron highland kan? Cuba ajer lah!
Ramaikan? Even on sunday.
Bunga kering. Menurut kata tokey kedai, bunga ni tak perlu disiram air tapi boleh tahan selama 2 tahun. kalau siram nanti jadi tak lawa-ntah I tak sure lah pulak.
Kesimpulan dari trip ni. Sangat best. As I pon memang suka Cameron Highland. Actually, ini trip yang kedua I ke Cameron Highland tapi dulu I lepak2 bandar ajer.
Malam tu jugak bergerak balik KL. Semuanya selamat. Alhamdulillah.
anne/kak naa