Friday, November 26, 2010

Bihun Goreng malas ala Naa

Kisahnya suatu hari, aku melawat aka menjengok sepupu aku di hospital. Hadif sakit.. anak bongsu aka no 3 aka adik kepada Haikal dan Haziq. Kena 'KAWASAKI'.

Dalam kekekalutan melayan anak yang sakit, kat rumah tak kurang jugak kalutnya.

Suami "Faillah kakak tu"
Isteri"Apsal pulak?"
Suami"Hari ni dah la kena makan bihun goreng yang paling truk yang penah rasa"
Isteri"Eh?"
Suami"Rasa plastik, pahtu kaler bihun pon tompok2, ada part putih ada tak, rasa garam sebutir-sebutir pon ader"
Suami"Kata expert masak..champion..huh!"

Aku hari2 goreng bihun buat breakfast, untuk makluman. Takde lah susah bebenor pon. Leceh tang merendam je. Lain2 tu leh masak sambil tutup mata. Serious tak susah.

Di bawah ni, aku perturunkan ilmu nak goreng bihun yang paling simple dan malas cara aku.

Tapi sorry takde gambar sbb handphone kamera yang tak berapa sayang tu aku dah sedekah kat KL Sentral. Sekarang guna 3310 aje. Suka pakai handphone murah. Senang.

Bahan2 yang diperlukan (sorang makan)
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 cawan air
Satu lapis Bihun(bihun siam salunya, tapi bihun tak siam pon takde masalah) -rendam dengan air panas sampai hampir lembut macam koeyteow
1 sudu besar pes tomyam (selalu guna tai-pee atau beli stok tomyam kat perlis.. tak ingt jenama)
2 sudu besar kicap pekat - optional - fungsinya sebenarnya lebih kepada menambahkan warna pada bihun
1 sudu kecil sos tiram - optional
Sedikit gula
Serbuk lada hitam - optional
Minyak

*tak perlu garam sbb pes tomyam dh sedia masam dan masin :)
**optional mean tak letak pon takpe.

Tengok bahan pon dah tau ringkas. Sebab sayur-mayur takde. Daging-maging pon takde.

Mula-mula tumis bawang sampai layu. Pahtu masukkan pes tomyam. Tumis sekejap sampai naik minyak. Then letak air. Biarkan mendidih sekejap.

Pahtu masukkan bihun. Gaul sampai kuah sebati dengan bihun. Masukkan kicap, sos tiram, gula dan lada. Gaul2 dan goreng sekejap(sy suka goreng bihun ada kerak sikit).Dah siap!

Maasih
anne/kak naa... yum! yum!
nota chef tak bertauliah: Kalau nak letak daging, or sayur. Daging-maging tu goreng lepas goreng bawang tu jadi layu and sayur lak masa last2 sekali. Or kalau nak pedas ketuk sket cili padi.

4 comments:

Paan Ovrtd said...

Tapi makan benda2 bergoreng kalau takde daging / ayam, macam bosan la plak. "Takde surprise" kata bebudak kulinari kat kolej dulu. :)

Sayur baru la optional. :D

NAA said...

Dik An. sebenarnya bihun baget ni. sebelum dapt gaji. ehehe

░♥si lampu neon♥░ said...

MANA GAMBAR ? ERMMM WOOTS

NAA said...

lampu neon, takde pic lah yang kameranya idak ader.. :)