Sunday, November 14, 2010

CUTI-CUTI CINTA



Cuti-cuti cinta by Ahmad Idham. Pertama sekali, cerita ini bukan dalam list aku tonton filem. I'm not a fan of Ahmad Idham dan hero cerita ni Farid Kamil. Tetapi perkara memang tak dijangka. Jadinya semasa melangkah masuk ke bilik tayangan, aku berharap sangatlah dalam hati, cerita cepat habis. Aku memang dah chop cerita Ahmad Idham ni cerita yang tak menarik dari segi susunan cerita terutamanya selepas tonton cerita 'Congkak', aku terus matikan minat aku nak menonton filem arahan beliau. Memang dah 'BAN' habis lah. Itu lah sebelum ni.






Tapi cerita Ahmad Idham kali ni berbeza sket. Berbeza dari segi perasaan aku. Aku agak terhibur juga selepas menonton filem ni. Selepas menonton tak ada rasa rugi menonton. Ada unsur jenaka yang for me, do tickles me. Susunan cerita yang boleh dikatakan ok juga. Tak kata hebat tapi boleh tahan dan tidak meleret.

sinopsis: Eva(Nora Nanish) membawa diri setelah mendapat tahu tunangnya Remy(Zed Zaidi) seorang kaki perempuan. Secara tak sengaja terjumpa satu tempat percutian di Morib. Di sini segala cerita bermula... *you want to know more. Go.. and watch.. Kalau tak, tunggu tv ajelah. :-)

Cerita melayu memang tak lari dari plot-plot yang tak logik, cerita ni pon sama sebenarnya. Tapi abaikan itu. Aku malas nak mengkritik jalan susunan cerita. Masa ini, aku memang mencari satu tayangan yang kurangnya boleh buat aku tenang. Ertinya tak berat kepala. Ada juga filem yang sengaja mendera otak penonton untuk berfikir. Cerita ni memang ringan, senang dipahami.

Walau macam mana pon tanggapan aku terhadap filem arahan Ahmad Idham tidak berubah walau selepas menonton filem ni. Filem ini ok.. boleh tahan tapi tak cukup untuk mengubah persepsi aku terhadap filem arahan beliau yang akan datang.



sambungan... MEGAMIND

anne/kak naa

2 comments:

jejaka anggun said...

ada x kes bakar atas zink dlm citer nih?

NAA said...

shaz cerita ni tak perlu bakar atas zink laa. percintaan takde org mati. happy ending kiranya.