Monday, March 1, 2010

Kak Naa's kitchen - Sambal Goreng

Fes thing.. untuk resipi ni saya gagal mendapatkan seorang pon juri untuk merasa masakan ni. Melainkan saya sendiri. Jadinya saya takkan beri komen atas masakan sendiri as kalau saya komen dikhuatiri berat sebelah.

Bahan-Bahan :potong dan goreng
Kentang
Tempe
Tauhu

Optional:
Kacang panjang, hati, pedal, suun, fu-cuk



Bahan-bahan blender:
Serai
Bawang merah (lebihkan sedikit dari bawang putih)
Bawang putih
Cili kering / cili boh (nak pedas.. letak banyak2)

Optional:
Lengkuas
Halia
Buah keras

nota: Boleh juga ditumbuk atau diketuk.. Saya lebih prefer tumbuk.

Perasa:
Santan - Mengikut resipi asal, santan tak payah letak banyak-banyak sangat macam buat kari or masak lemak. Lebih kurang 5 sudu besar atau setengah cawan.
Gula
Garam

Bahan-Bahan tambahan:
cili merah - untuk rasa pedas(tapi pada saya, more pada garnishing)

Letak Minyak dan tumis semua bahan blender/tumbuk/ketuk


Dah naik minyak, letak semua perasa. Sukat sendiri. Nak manis terlebih ke atau masin terlebih ke atau lemak terlebih ke. Terpulang.

Last sekali letak cili merah.

Siap.okeh.. Maaceh..




Bak kata dalam resipi. Sesuai mkn dengan nasik panas. As sebab saya tengah diet, saya takde lak mkn dengan nasik. Saya ratah je. So I dont know how does it taste with nasik.


anne/kak naa

2 comments:

jejaka anggun said...

nampak cam sedap. bile nak dtg masak2 kat umah aku?

odelina said...

shaz - sedap ke..aku rasa banyk bedal je.. masakn org jawa ni..