Friday, April 13, 2012

Trip to Cameron Highland part 2

sambungan..
8hb - Eksplorasi Gunung Berembun

Kali ni lebih awal. Rasanya dalam pukul 9 pagi semua pendaki dah sampai di MARDI. Eh lupa. Pagi tu breakfast makan koeyteow goreng yang digoreng oleh host2 trip ni. Kami ni manusia biasa, walaupun suka hiking..makan tetap tak lupa. Credit and thanks pada host sebab goreng koeytoew goreng tuh. Lazat! Siyes! Rasa macam nak tapau balik, tapi apa kan daya. Malu! hehe

Ok la. gedebuk gedebak.. sampai kat MARDI.. trus bergerak ikut jungle trek no 7.



Puncak Gunung Berembun. Masa sampai di sini terserempak dengan rombongan sekolah rendah. Ramai.. dalam 90 orang kot termasuk cikgu. Sesak jugak la atas tuh.. Nak bergambar pon kena minta izin.. tompang lalu.. bersopan bagai. huh! Tapi takper la sokong jugak ada aktiviti sekolah macam ni. Budak2 ada aktiviti sihat.

Overall trekking masa I lebih kurang 3@4 hours or more.. stended la tu untuk org tak pro macam I.

Tak banyak pic yang I boleh letak as masa ni camera I low bat. so pau gambar org lain je la sikit. Maasih along!

Suppose untuk trip petang.. ada lagi aktiviti panjat2 ni. Explore Jasah-Ruil. But I skip that, as sudah cedera. Sakit lutut-peha. Then aktiviti bertukar kepada aktiviti suka hati.

Mula-mula sekali ke ladang strawberry



Semua menu banyak berasaskan strawberry.. Nasi lemak je tak kot. I think. Apa rasa nasi lemak dengan strawberry eh, by the way?

We had strawberry milk shake, strawberry wit chocolate dip and strawberry ice cream. One of my friend beli jeli strawberry.. yang ni je yang I tak rasa. Baget sedap lah kot.Tapi yang lain semua sedap..everything! exclude cawan, straw, pinggan polistrin and sudu. Kot lapar nk lapah pon boleh! Sedap la kot gamaknya.. hehe

Next stop.. Ladang teh di sungai palas. Masa pergi, ladang dah tutup. Katanya tutup pukul 4.30ptg. So terpaksa bergambar dari jalan ajer. Takpe la. Ok gak tu.





Last stop.. pasar basah Cameron Highland. Stop sini untuk beli bunga. Itu lah tujuan asalnya. I tak ada apa tujuan pon.. last2 bawak balik jagung. Magik kan? I beli jagung mutiara. Menurut kata one of my friend jagung mutiara ni lepas da masak trus da boleh makan and sangat sedap. I ni sebenarnya takder perasaan pada jagung. Betoi! Tapi sebab things from cameron highland kan? Cuba ajer lah!


Ramaikan? Even on sunday.

Bunga kering. Menurut kata tokey kedai, bunga ni tak perlu disiram air tapi boleh tahan selama 2 tahun. kalau siram nanti jadi tak lawa-ntah I tak sure lah pulak.


Kesimpulan dari trip ni. Sangat best. As I pon memang suka Cameron Highland. Actually, ini trip yang kedua I ke Cameron Highland tapi dulu I lepak2 bandar ajer.

Malam tu jugak bergerak balik KL. Semuanya selamat. Alhamdulillah.

anne/kak naa

Thursday, April 12, 2012

Trip to Cameron Highland

I masuk hutan lagi. This time.. di Cameron Higlands. Bila sebut cameron highland mesti terbayangkan ladang teh, ladang strawberry, ladang sayur, cuaca yang sejuk. Well.. bolehlah. Tapi I bukan jln2 kat bandar ajer but exploring the jungle.. Eh! I kan da declare pecinta alam.. da makin suka masuk hutan.

Perjalanan bermula pada 6hb di KL sentral menuju ke Apartment Carnation, di Tanah Rata, Cameron Highlands. I tak ceta sangat la part tengah2 sebelum sampai Carnation Apartment tu berenti mana.. kang 3 tahun tak abes ceta. Ceta yang penting2 ajer.. beside I tak rajin menaip. Idea pon sangkut2.. So jadi lah.. letak pic banyk2.. paham sendiri.. boleh? I Explain la sikit2. Takder la biar blur trus kan.. xbaik la camtu. Nanti you sesat.. I jugak yang susah.

Pintu masuk apartment kepunyaan parents to one of the hikers. Taleh bagitau nama kang nanti org tu marah I pulak suka suki letak nama dia.

7hb April 2012 - Itinerary Daki Gunung Brinchang, santai-santai
Petang aktiviti ganas sikit - Serang Pasar Malam Brinchang

Di depan apartment.. berkumpul sebelum pegi makan breakfast.

This place somewhere di Brinchang. I tak tahu nama tempat ni. Tapi not too far from petronas Brinchang
Sini tak banyak choice.. Nasi Lemak, lauk pon tak banyak sangat..rasanya ada sup2. And ada goreng2 nugget, fish ball.. ntah apa lagi. I makan nasi lemak with fish nuggets.






I suka tengok pokok ni.. mcm rupa org berdiri. Nice!

View ni di ambil dari Gunung Brinchang.. and ada gaung yang memisahkan gunung dalam pic ni dengan lokasi amik gambar. I sangat takut-teruja at the same time.
Batu sempadan Pahang dan Perak


Puncak Gunung Brinchang

Sampai puncak. Then turun guna track yang sama. Suppose lagi cepat. I think overall I amik masa 5 jam kot.. xsure or more. Sangat tak pro kan? Whatever!

Malam tu acara yang dinantikan selepas penat daki. Pasar malam. Not that far from tempat kitaorg bermula dan berakhir.


Pasar malam sini banyak strawberry..chocolate.. souviner.. jeruk.. dan banyak food yang goreng tepung especeli vegetable.
 


Sebelum balik apartment, lepak makan2 di kedai ni.. Ok la. sebab I nih sebenarnya cerewet bab makanan tapi cerewet yang dediam... hehe so I rate kedai ni as boleh tahan ajer. Oleh kerana waktu ni kedai ni sangat ramai pengunjung so agak2 la kan service dia cemana. Paham ajer.. I think kalau tk ramai.. servicenya tk gini.. ye dak?
Bersambung...

credit and thanks to along.. pinjamkan kak naa most of the pictures.

anne/kak naa