Thursday, November 11, 2010

ESTET... *sigh..



Apa yang bermain di fikiran aku setiap kali aku menjejakkan kaki menonton filem?
1)KEMBAR aka Afdlin Shauki, Faizal HOT FM (those yang lahir pada 19hb Mei aja. thx- wajib TONTON). tak kira kualiti. tawakal. tapi setia menyokong. insya-allah kalau masa dan baget mengizinkan.

2)Pengarah
Ada sejarah pengarahannya sebelum ni amat membantu aku memilih samada aku nak atau tidak tonton filem arahan beliau. Filem baget tinggi tak semestinya buat aku teruja. Di sini aku tengok pada kualiti.

3)Pelakon
Pelakon yang diukur dari segi lakonan yang mantap dan sejarah lakonan dan kekerapan filem lakonan beliau mencetuskan 'box-office'. Rupa tolak tepi. Serious.

4) Producer
Pandang dari segi sejarah kualiti filem keluaran syarikat beliau.

5) Komen dari suratkhabar/majalah
Komen tak kira dari siapa. tapi kalau lebih ramai yang komen menyokong kehebatan filem ni. Harus tonton. Full stop.

6) Genre
Paling tak layan - Filem Seram dan chinta. Lebih suka Filem komedi atau at least filem yang menyentuh hati. I mean dari segi susunan cerita. Kalau meleret-leret tapi habuk pon tarak. Dont you think it's a waste of time?

Cukup.

Apa yang buat aku tertarik hendak menonton ESTET.. mulanya.

1) recomendation dari KEMBAR.. aka Afdlin Shauki via FB
Sekarang aku mula rasa Afdlin lebih nak membantu kawan sesama industri. Padahal rasanya dia sendiri pon tahu dot dot dot...

2)Director...MAMAT KHALID
Aku mula jatuh chinta dengan arahan beliau, selepas tonton cerita ROCK dan satu teledrama.. tak ingat la plak tajuk... Aku kategorikan dia pengarah filem komedi yang bukan slapstik.

tapi... filem ni ...alahai!!!..

*paham-paham aje ok. thx

anne/kak naa

2 comments:

Paan Ovrtd said...

http://tontonfilem.blogspot.com/2010/11/membina-dinasti-bernama-estet.html

Ulasan Fadz memang tak bagi can!

NAA said...

Dik An kak naa komen ala2 kaber line gituk.. *senyum