Showing posts with label Kak Naa's kitchen. Show all posts
Showing posts with label Kak Naa's kitchen. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Kak Naa's kitchen: Onion Rings


Simple dan mudah. Tu sebab la menu ni antara menu tetap masa I bukak posa.

Tepung KFC (jenama apa pun takpe)
Bawang dihiris tebal2-hiris bulat2
Garam
Lada Sulah
Air

Gaul air dengan tepung dan buat bancuhan yang pekat2. Jangan cair. Letak garam(ikut rasa sendiri), Lada Sulah. Celup bawang dalam bancuhan ni. Pahtu goreng dalam minyak panas. Da kuning karang. Angkat.. Siap haa

Sosnya..I main bedal je.. amin baked beans.. hancurkan, masuk sikit mayonis, lada, cili sos.. masak(tambah air skep) or gaul mcm tu je.

or My other recipe

Tepung Gandum
Tepung Jagung
Kiub Knorr - Ayam/Ikan Bilis (secubit je)
Lada
Serbuk kari
Garam(sukat ikut rasa sendiri)
Bawang hiris bulat2 tebal2
Optional: serbuk roti (beli siap atau panaskan roti dalam oven.. tumbuk sampai hancur)

Cara buat tu sama macam kat atas. Pic atas tu I rembat online tapi lebih kurang jek tu yang I masak.

Kak anne/naa

Monday, March 1, 2010

Kak Naa's kitchen - Sambal Goreng

Fes thing.. untuk resipi ni saya gagal mendapatkan seorang pon juri untuk merasa masakan ni. Melainkan saya sendiri. Jadinya saya takkan beri komen atas masakan sendiri as kalau saya komen dikhuatiri berat sebelah.

Bahan-Bahan :potong dan goreng
Kentang
Tempe
Tauhu

Optional:
Kacang panjang, hati, pedal, suun, fu-cuk



Bahan-bahan blender:
Serai
Bawang merah (lebihkan sedikit dari bawang putih)
Bawang putih
Cili kering / cili boh (nak pedas.. letak banyak2)

Optional:
Lengkuas
Halia
Buah keras

nota: Boleh juga ditumbuk atau diketuk.. Saya lebih prefer tumbuk.

Perasa:
Santan - Mengikut resipi asal, santan tak payah letak banyak-banyak sangat macam buat kari or masak lemak. Lebih kurang 5 sudu besar atau setengah cawan.
Gula
Garam

Bahan-Bahan tambahan:
cili merah - untuk rasa pedas(tapi pada saya, more pada garnishing)

Letak Minyak dan tumis semua bahan blender/tumbuk/ketuk


Dah naik minyak, letak semua perasa. Sukat sendiri. Nak manis terlebih ke atau masin terlebih ke atau lemak terlebih ke. Terpulang.

Last sekali letak cili merah.

Siap.okeh.. Maaceh..




Bak kata dalam resipi. Sesuai mkn dengan nasik panas. As sebab saya tengah diet, saya takde lak mkn dengan nasik. Saya ratah je. So I dont know how does it taste with nasik.


anne/kak naa

Monday, February 15, 2010

Kak Naa's kitchen - Ayam Masak Halia

Today is the day. My dad ngan my mom unfortunately takde kat rumah as diaorg pegi menziarah my ex-neighbour yang baru pass away kat Nibong Tebal. Al-fatihah..

Hari ini resipi dari dapur saya iaitu Ayam Masak Halia.. Saya cilok resipi ni setelah bertungkus lumus menyekoden banyak web site.. dan melihatkan bahan yang available kat rumah ni.. Sesuai saya rumuskan resipi ini amat ringkas.

Bahan-bahan:
1/2 ayam mentah dipotong
- basuh dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir then cucuk2 sikit dengan garpu

Bahan untuk merebus ayam/mati air:
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia } diketuk
1 s/k garam
1 s/k serbuk kunyit

Rebus all this things together-gether. Dalam 5-7 minit

Bahan menumis:
3 ulas bawang putih }
3 ulas bawang merah } dihiris nipis
5cm halia }
Minyak untuk menumis

optional:
serai - ketuk

Tumis bawang putih dan halia sampai layu. Angkat. Tumis bawang merah sampai layu. Letak ayam dan bawang putih dan halia goreng tadi. Goreng sekejap. Agak-agak ayam tu half-cook. Pahtu letak air. Tutup dengan penutup.


Memekatkan kuah:
1 s/k tepung jagung }
3 s/k sos tiram } bancuh
1/2 cawan air }

Perasa:
Garam
1 sudu kecil lada sulah /black pepper

optional:
3 btg cili merah /cili padi - dihiris - untuk rasa pedas
Tomato - belah 4

Tuang bancuhan tepung jagung ngan sos tiram dalam masakan tu. Letak semua bahan perasa.Biar mendidih. Siap ler

Tadaaa...Simple kan?


Juri2 - my kakak and my youngest brother. 2-2 ni lagik terer masak dari saya.

Komen kakak : Rasa dah okey.

Komen adik : Next time letak asam keping or air asam. Bagi ada masam2 sket. Lebihkan bawang merah. So instead 3 je.. letak la lagi 2-3-4 ketul. Rasa bawang ni menaikkan aroma dan rasa masakan. Kalau nak masak kuah ikan steam pon camni.

nota: noted! ai! ai cip!

anne/kak naa