Monday, July 4, 2011

anak-anak

First thing, bukan anak-anak I ok.

Teringat satu benda bila aku melawat someone someone ni. Mengadu anak dia yang makin susah nak belajar, pelajaran makin drop, asik pikir nak main, cakap pandai tapi otak kosong. Baru darjah 2. Tu yang kakak. Yang adik pulak baru 5 tahun tapi nakal yaa amat. Bila selalu dia marah-marah, anak dia boleh lak saun balik "Mama tak sayang abang ker? Asik marah-marah abang je". Dia bahser diri dia abang. Anak lelaki sulung.

Pernah sekali kenakalan dia tu buat si mama mengeluh
 "Abang ni boleh buat mama sakit jantung je.. Semput-semput mama"
"Tak suruh pun mama marah-marah abang sampai mama sakit jantung" tanpa rasa bersalah je jawab.

As Dr tak bertauliah, aku pun bagi lah cadangan. Lagipun aku banyak deal dengan budak2 walaupun anak sendiri, seketui pon tadak lae.

1. Yang kakak tu.. kena kejam skep ah. Bagi amaran, kalau belajar tak meningkat.. tarik balik benda yang dia suka. Contohnya kalau dia suka makan coklat. Takkan beli coklat kat dia langsung sampai ada perubahan.

2. Sages, buat homework sampai habih baru boleh keluar main. Kena tegas ah.

3. Mak kena check homework anak setiap hari. Salah betul belakang kira, janji kena buat.

4. Rotan atau pukul atau denda kalau perlu tapi jgn la teruk-teruk sangat. Janji dia dapat tangkap, tak buat macam parents nak, dapat sakit.


Untuk yang adik dia 5 tahun tu

1. Kalau nak marah, marah je. Dia nangis ke.. apa ke. Buat tak tahu je tapi monitor dalam diam-diam. Parents jgn nak lembut hati tengok muka seposen derang nanti derang tau tu kelemahan parents.

2. Kalau dia buat baik, puji dia dengan perkataan. Biar dia dengar. Atau appreciate dia, bagi small gift ke.

3. Since dia masih budak lagi, perasaan nak manja-manja tu ada.. jadinya sekali sekala parents kena buat aktiviti bersama anak-anak.(apply untuk kakak dia sekalik)

Bagi aku anak ni anugerah tuhan, tak semua boleh dapat. Bila dah dapat, tumpuan lebih, nak ajar ke semua dari masa dia kecik lagi. Macam nak lentur buluh biar dari rebung ler. Camtuh.

Bila dah besar bapak budak, susah nak ajar. Biar la dari kecik, letih ajar dia asal da tua tak menyusahkan orang.

* Parents kena banyak berkorban masa dan tenaga. Sok-sok da makin berumur tak larat da nak wat cenggini.

kak naa/anne

2 comments:

jejaka anggun said...

pandainya ustazah nih.... bile citer semanis kurma season baru akan keluar agakanya yer ustazah?

NAA said...

shaz.. hepp. bukan semanis kurma.. martha stewart laaaaa.. isk!