"Tamohhhhh!!!!". Dengan hanya sekali jeling sajer, seorang gangster gaji ciput yang lain meletakkan pisau rambo beliau ke leher wanita itu.
"Tamohhhhh!!!! Ni kawan aku laa.. nanti berat sebelah" jerit wanita itu dengan laungan yang diyakini boleh sampai ke hujung blok.
"Eh pempuan.. dah baca kena la wat review.." cebik gangster baget ketua itu.
"Ada aku kesah?" saun wanita itu.. selamba.
Gini lah perasaan bila nk buat review pasal novel KOUGAR ni. Takut berat sebelah. Sebab member sendiri kan.. tapi tkpe sebab I da abes baca novel ni.. I think I confident nak wat review. Shaz. kalau salah ayat, jgn marah haa.. hehe
Novel ni actually dah lama diterbitkan. I jek lambat beli.. Salu pau baca kat MPH, Kinokuniya.. this time dapek beli sendiri.
Boleh je.. terus-menerus wat muka tak malu baca free kat kedai buku.. Tapi sebab nak sapot kawan.. then ni lah novel pertama yang dibeli. Pertama tuh aku beli.. ko patut bangga shaz (tetiba kan?..hehe)
Nota: Last baca(xpenah beli).. I think ada la kot masa sekolah menengah. Tu pon pinjam.. so ini adalah novel MELAYU yang pertama I beli. jeng jeng..
Apa yang I leh paham pasal novel ni.. Kisahnya mengenai seorang perempuan(Kisha) yang dah berumur still vogue tapi tastenya lebey pada lelaki muda. Ntah naper..
Nak menyerikan cerita.. dia telah tersilap langkah dan secara tidak sedar dirogol @ dengan kerelaan tapi dalam keadaan mabuk mengadakan hubungan seks dengan seorang datuk yang maseh single (ada lagi ke spesis nih.. kaya.. single..? aku nak laa)
Dan sebab shaz kena wat 60,000 patah perkataan kan? Hehe. Kena la tambah adegan lagi. Adegan kawen paksa. Family yang konsen terlebey memaksa kisha kawen kerana usia beliau yang semakin tua dan sebab nak berbesankan dengan seorang imam(duda) yang berpengaruh di kampung tersebut. Berpengaruh bebenor sampai imam ni ckp pi lah apa pun.. caya jek derang yang lelain tuh.. Camtuh gayanya.
Tapi perkahwinan Kisha dengan imam tersebut.. dari awal tidak mengudang kebahgiaan. Jadinya berlaku la adegan2 kena dera dan pergaduhan mulut bagai. Di sini tiba2 ada satu lagi watak yang muncul menunjukkan betapa kougarnya si Kisha neh.. seorang pembantu kedai yang innesen yang tak brapa innesen dah lama2 tuh :). Muda, baya adik2 jerr.. Ok stop sampai situ...
Synopsis dan tema cerita nih ekceli dah banyak ada kat novel2 melayu di pasaran. So mungkin akan dikatakan topik yang dah basi. But for me.. sebab cara penulis novel ni menceritakan, dengan ayat2 yang terpilih, joke2 yang fresh... I rasa ini novel yang mempunyai idea baru jugaklah. Konklusi, kiranya penulis pandai main bahasa. You still nak baca walaupun dah boley agak jalan cerita. I boleh agak jalan cerita tapi I tak boleh agak ayat2nya tersusun and lenggok ayat dia cemana. At first I tot it would be boringgg.. as I mmg paling benci baca, lagi2 word sastera.
Cuma ada satu adegan yang aku rasa tk logik sikit. Da jumpa hp yang lama kena sorok tuh.. bila masanya charge balek? Ker aku termiss tuh tatau lah.. hehe
Then.. part yang dia kawen sampai 7 tahun tuh.. tuh part aku agak kureng paham. Tapi tkpe.. sebab da beli kan? Leh baca lae.. hehe
Last one. no enpon Datuk gatal merenyam tuh.. mcm kenal je(ni kira tk logik ker? hehe)
Untuk sesiapa yang belum beli novel ni dan tak mengenali author secara terus.. bagi aku tarikan nya sebab tema seorang perempuan tua yang masih vogue tapi selera salu nk attack lelaki muda je.
Tapi sekarang aku baget ko dah femes kot Shaz.. Mesti tk susah nk promote TABU. Apa-apa pun tahniah.. sebab novel KOUGAR mmg best.. Aku tgh tunggu TABU lak.
Lepas baca trus jadi macam kat bawah ni? Boleh? hehe
KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
4 bintang out of 5
kak Naa/anne
2 comments:
hp dah lama x on batteri dia mati ker? hp aku ok jer?
eh shaz. oo xon eh.. xpasan larr. nanti baca balek.. hehe
Post a Comment