Friday, August 13, 2010

4x4 Bukit Cina-BtBalai-LaHotSpring Day 3

Day 3 - 1hb Ogos 2010(Ahad/Sunday)-Last Day.. penghulu segala balik

Pack everything and we will head to the last stop, LA Hot Spring. Laluan balik walaupun dikatakan mudah but still ada halangan yang sukar but not as hard as on the first day. Celah gigi bak kata driver2 4 wheel yang pro "but we are going to do the hard way, yeah!" tambah beliau2 itu. Aduh! I da mula baca al-fatihah. As far as I can remember, laluan sukar masa perjalanan balik hanya melalui tanah lembut, macam quick sand gituk. Even in a short distant, it does look hard.

Selepas lama meredah hutan, akhirnya kami sampai di penghujung.. Ladang kelapa sawit. Melalui pokok2 sawit, seperti melepaskan semua kenangan2 di Bukit Cina, Sungai Batu Balai. I was saying bye2 in my heart. See you again.. maybe.

But then an unexpected tragedy happened. Safari tetiba tak bergerak . Kehabisan minyak, bilang paksu. Kami bernasib baik dpt tumpang jip lain yang kebetulan ada kekosongan.

Dan hujan turun renyai-renyai di sepanjang perjalanan namun kami berjaya juga menjejak La Hot Spring-kolam air panas.

Well dah sampai..apa lagi? Terjun!!!!!

Kami tak lama di sini. As we have to travel back to KL. Pengalaman I di sini especeli meredah hutan dalam jip actually more adventure dari hiking. Bergegar-gegar, bergoyang-goyang. I think 2-3 kali I terhantuk. Jip hampir rasa nak terbalik.

I do salute all the drivers. Bukan calang-calang orang yang boleh memandu. U need to have skill bukan setakat ada lesen je. I dont dare to challange myself, tak brani ah den.

Itulah segalanya yang I tempuhi even secara ringkas. But I love to tell .. my way. Opkos. Akhirnya, syukur sangat2, trip walaupun ada halangan tapi selamat. Itu yang penting.

Macam pelarian pulak bila 2-3 kali tengok pic2 ni.




Balik time- kawasan meredah tanah lembut


Melalui hutan


Cantik titisan hujan. Kawasan ladang kelapa sawit.


LA Hot Spring

KOLAM AIR PANAS, KAMPUNG LA (LA HOT SPRING)
Kolam Air Panas, Kg. La, Hulu Besut atau lebih terkenal dengan LA HOT SPRING telah ditemui oleh pengulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi. Lantaran keadaan semasa itu dan kedudukan kolam itu yang jauh di tengah hutan, tidak ada orang yang berminat berkunjung di situ.

Apabila penerokaan tanah oleh FELDA bermula, kolam ini mulai dikenali dan dikunjungi ramai. Takungan air dalam kolam mini adalah dari sumber mata air yang keluar dari celah-celah batu dengan kepanasan suhunya mencecah hampir 100 darjah celcius.

Apa yang menarik dikolam ini ialah khasiat air kolam ini yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti lumpuh, darah tinggi, gatal-gatal, lelah dan angin ahmar. Air ini juga boleh diminum dan pernah dibotolkan dan dijualkan kepada umum.

Di samping itu, LA HOT SPRING juga menjadi tarikan kepada peminat-peminat batu permata, merentas denai dan air terjun, berkhemah, mandi manda dan berbagai lagi aktiviti lasak.



anne/kak naa

No comments: