Thursday, February 25, 2010

Blogku, theraphyku

Blog ni dah jadi luahan hati buat saya. I did read somewhere-dont-know, one of a good theraphy to release tension adalah dengan meluahkan. So I believe in that. Tak kesah la samaada takde pembaca tapi as long after saya luahkan, saya rasa lega.

nota: tapi takde la sampai terlalu personal kan...kena gak kaber2 line..orait bebs!

anne/kak naa

notis

Even we always want a happy life but sometime the life-flow is not that smooth to get there. Saya dah buat sesuatu yang saya rasa tidak juga memihak pada diri saya sendiri. Tapi I have to do it.. I'm sorry to siapa-siapa yang terlibat. I've decided. Confirm!



anne/kak naa

Tuesday, February 23, 2010

Agenda 6hb

Halamak..! 6hb(sabtu).

1) Besday babyboy Gombak - Haziq (baby yang sy penah babysit dulu)
2) Besday Gombak - Iza, my kazen
3) Kenduri kawen Kajang - my friend, merangkap kawan sekaraoke sejati saya
4) Kenduri kawen Melaka - my roommate

nota: Menunjukkan betapa bznya saya pada hari tu.. Jgn kaco eh.. maasih

anne/kak naa

Saturday, February 20, 2010

Leisure time - KLCC's garden

Jom beriadah di KLCC.. ngak?






Take a look at this place.. Simply heaven for joggers atau kaki lepak yang sukakan alam sekitar.

Bersih je.. I Like this place.. Beside dekat je dengan tempat saya. One subway train.. and I'm there..
































anne/kak naa

Friday, February 19, 2010

cari resipi sambal goreng

Back to my kitchen. Task lama

1) Asam Pedas Melaka
2) Sambal Goreng
3) Masak Lemak - vegetable

Since kat umah saya takde fridge, so masakan yang sesuai untuk saya fokus adalah Sambal Goreng. Peh! Saya tak pernah tengok lagi rupa sambal goreng, tapi bak kata sumber2 yang boleh dipercayai, masakan ni berasal dari Jawa. I saw on youtube once, dalam masakan ni ada letak tempe, tauhu, kacang panjang.. the rest tu lebih kurang macam masak sambal tumis.. Betul?

Back to the challange.. Sambal Goreng.. Sambal Goreng it is.. Sekarang nak kena sekoden juri.. Tingat pulak kat family gombak.. *ngee
anne/kak naa

Thursday, February 18, 2010

Hajat mak ayah

Mak bersuara lagi. Mak pesan habiskan belajar. Kalau nak sambung lagi selepas tu, dia sokong. Memang dia sokong. Sebenarnya semangat saya dah tak macam dulu. Namun demi nak tunaikan harapan mak ayah, so saya gagahkan juga.

Bila kenangkan diri yang masih sendiri. Saya fikir ada baik juga saya teruskan. What to lose anyway? Just pleasure time saja. Sepi dan sunyi memang tak dinafikan, but I think this is what best for me right now. Kalau ketentuan dah ditentukan saya akan terus macam ni, saya perlu cari jalan supaya saya atasi sepi dan sunyi hati ni. Saya perlu cari jalan supaya saya dapat hati yang kuat. Saya perlu cari jalan agar saya takkan tersasar lagi.. Insya-allah.

Mungkin saya juga dah letih. Biarkan lain-lain itu, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya. Saya ada tugas lain yang lebih penting. Hajat Mak dan Ayah.


anne/kaknaa

Masih mud bercuti

Balik kampung baru ni bantai cuti dekat seminggu. Pergh! Mungkin orang cakap sakanlah. Tapi sebenar-benarnya tidak juga. Saya start cuti 11hb sampai 17hb. 7 hari cuti. Okey, wat kiraan eh.

2hari - untuk perjalanan balik kampung dan balik KL.
(1 trip amik masa sekitar 7 jam atau lebih, bergantung kepada kesesakan trafik dan juga kerajinan tahap gaban driver menyinggah untuk rehat)

11hb hari rabu, travel balik kampung naik bas. Khamis tu letih tak habis lagik, rest dalam setengah hari. Balik KL naik bas, hari rabu juga, 16hb. Esok Khamis tu letih, sama juga. So dah membazir 3 hari untuk travel and rilek.

Balance 4 hari. 3 hari setengah je boleh dikatakan bercuti, 1/2 hari lagi berkemas, packing barang nak balik. Even time sampai kampung, barang tak banyak, tapi bila time balik kuantiti barang memang wajib akan berubah. Kurang? Jangan harap..

Sekarang dah sambung keja balik.. mud cuti masih tak puas lagi. Wat to do? Kot kompeni sendiri mau je amik sebulan.. Peh!

nota: 7 hari untuk travel jauh? mana cukup... *ngee
anne/kak naa

Today my sweetheart turns 3



Happy Birthday Kakak... Muahs!

nota: dah makin nakal and aktif my sweetheart ni.. But still love her..

anne/kak naa

Monday, February 15, 2010

Kak Naa's kitchen - Ayam Masak Halia

Today is the day. My dad ngan my mom unfortunately takde kat rumah as diaorg pegi menziarah my ex-neighbour yang baru pass away kat Nibong Tebal. Al-fatihah..

Hari ini resipi dari dapur saya iaitu Ayam Masak Halia.. Saya cilok resipi ni setelah bertungkus lumus menyekoden banyak web site.. dan melihatkan bahan yang available kat rumah ni.. Sesuai saya rumuskan resipi ini amat ringkas.

Bahan-bahan:
1/2 ayam mentah dipotong
- basuh dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir then cucuk2 sikit dengan garpu

Bahan untuk merebus ayam/mati air:
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia } diketuk
1 s/k garam
1 s/k serbuk kunyit

Rebus all this things together-gether. Dalam 5-7 minit

Bahan menumis:
3 ulas bawang putih }
3 ulas bawang merah } dihiris nipis
5cm halia }
Minyak untuk menumis

optional:
serai - ketuk

Tumis bawang putih dan halia sampai layu. Angkat. Tumis bawang merah sampai layu. Letak ayam dan bawang putih dan halia goreng tadi. Goreng sekejap. Agak-agak ayam tu half-cook. Pahtu letak air. Tutup dengan penutup.


Memekatkan kuah:
1 s/k tepung jagung }
3 s/k sos tiram } bancuh
1/2 cawan air }

Perasa:
Garam
1 sudu kecil lada sulah /black pepper

optional:
3 btg cili merah /cili padi - dihiris - untuk rasa pedas
Tomato - belah 4

Tuang bancuhan tepung jagung ngan sos tiram dalam masakan tu. Letak semua bahan perasa.Biar mendidih. Siap ler

Tadaaa...Simple kan?


Juri2 - my kakak and my youngest brother. 2-2 ni lagik terer masak dari saya.

Komen kakak : Rasa dah okey.

Komen adik : Next time letak asam keping or air asam. Bagi ada masam2 sket. Lebihkan bawang merah. So instead 3 je.. letak la lagi 2-3-4 ketul. Rasa bawang ni menaikkan aroma dan rasa masakan. Kalau nak masak kuah ikan steam pon camni.

nota: noted! ai! ai cip!

anne/kak naa

Sunday, February 14, 2010

change of plan

oops.. Change of plan.. Since dah tersedia bahan2 seperti ayam dan daging. (Ni kes sebab tanak membazir)...So I have to korek resipi yang ada kaitan dengan ayam or daging.. Adeh! Ayam atau daging lagi susahlah beb!.. Saya tingat dulu.. saya rebus daging dekat 2 jam.. tapi daging tak juga lembut2.. Meaning.. saya akan cari resipi pasal ayam..! Haha.. Fobia sial masak daging ni. *ngee

I am thinking nak buat ayam masak merah or ayam goreng madu.. But then have to think what my mom and my dad can eat.. Both dah jadi pesakit kencing manis. Maybe kena kurangkn gula atau tayah letak langsung..

Adeh.. google lagik..

anne/kak naa

Everything almost new

So.. Do you notice anything new or different dalam blog saya ni?

Well..I've deleted all the last year posts.. Macam menyemaklah pulak..

It's not to say, I'm doing a surprise kinda thing.. Tapi boleh kata I'm back to the starting point. But then, jangan expect saya akan buat blog yang berinformasi or cerita ceriti yang ala2 boleh menang nobel prize tu... Because saya lebih suka mencoret yang lahir dari hati dan secara spontan.

BUT kalau blog ni akan jadi blog masak-memasak pon boleh jadi jugak.. As I'm learning to cook right now..

First task.. 3 dishes ..

1) Asam Pedas Melaka..
2) Sambal Goreng
3) Masak Lemak Sayur

Simple kah? Saya penah masak dulu2.. Tapi as for fun.. and takde lah terer sangat. Now.. bila seseorang tu sageskan saya patut belajar masak.. So I just did.. Tak ingat pulak ayat saiko dia tu yang boleh buat saya rasa teruja nak belajar memasak.

So.. pasni.. we'll see...

anne/kak naa