Mak bersuara lagi. Mak pesan habiskan belajar. Kalau nak sambung lagi selepas tu, dia sokong. Memang dia sokong. Sebenarnya semangat saya dah tak macam dulu. Namun demi nak tunaikan harapan mak ayah, so saya gagahkan juga.
Bila kenangkan diri yang masih sendiri. Saya fikir ada baik juga saya teruskan. What to lose anyway? Just pleasure time saja. Sepi dan sunyi memang tak dinafikan, but I think this is what best for me right now. Kalau ketentuan dah ditentukan saya akan terus macam ni, saya perlu cari jalan supaya saya atasi sepi dan sunyi hati ni. Saya perlu cari jalan supaya saya dapat hati yang kuat. Saya perlu cari jalan agar saya takkan tersasar lagi.. Insya-allah.
Mungkin saya juga dah letih. Biarkan lain-lain itu, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya. Saya ada tugas lain yang lebih penting. Hajat Mak dan Ayah.
anne/kaknaa