Balik kampung baru ni bantai cuti dekat seminggu. Pergh! Mungkin orang cakap sakanlah. Tapi sebenar-benarnya tidak juga. Saya start cuti 11hb sampai 17hb. 7 hari cuti. Okey, wat kiraan eh.
2hari - untuk perjalanan balik kampung dan balik KL.
(1 trip amik masa sekitar 7 jam atau lebih, bergantung kepada kesesakan trafik dan juga kerajinan tahap gaban driver menyinggah untuk rehat)
11hb hari rabu, travel balik kampung naik bas. Khamis tu letih tak habis lagik, rest dalam setengah hari. Balik KL naik bas, hari rabu juga, 16hb. Esok Khamis tu letih, sama juga. So dah membazir 3 hari untuk travel and rilek.
Balance 4 hari. 3 hari setengah je boleh dikatakan bercuti, 1/2 hari lagi berkemas, packing barang nak balik. Even time sampai kampung, barang tak banyak, tapi bila time balik kuantiti barang memang wajib akan berubah. Kurang? Jangan harap..
Sekarang dah sambung keja balik.. mud cuti masih tak puas lagi. Wat to do? Kot kompeni sendiri mau je amik sebulan.. Peh!
nota: 7 hari untuk travel jauh? mana cukup... *ngee
anne/kak naa
No comments:
Post a Comment